fbpx

Hantu mata hitam di hutan puaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR yang dirakamkan dari dron pada 2015 menunjukkan satu lembaga dipercayai hantu kanak-kanak bermata hitam di Cannock Chase. - Foto YouTube/FuriousOtter

LONDON  –  Sebuah kumpulan paranormal cuba menyiasat dakwaan penampakan hantu kanak-kanak perempuan bermata hitam di dalam  sebuah hutan di Cannock Chase, England, lapor akhbar Daily Mirror kelmarin.

Sebuah klip video yang dirakam pada 2015 menunjukkan lembaga berpakaian putih berada di hutan tersebut sebelum ia tular di internet.

Lembaga itu dipercayai dilihat di hutan tersebut sejak tahun 1800-an lagi ketika wabak penyakit difteria menular di England dan meragut banyak nyawa kanak-kanak tempatan.

Sebilangan pengunjung yang masuk dan berkhemah di hutan tersebut turut menceritakan penemuan lembaga didakwa hantu itu, yang muncul dan hilang secara tiba-tiba.

Menurut seorang pemburu hantu dikenali sebagai Robert Plume, hutan itu  dianggap sebagai lokasi paling menyeramkan di Britain. Kata Plume, dia banyak menerima  laporan tentang hantu bermata hitam itu.

“Pada mulanya, hantu itu kelihatan seperti kanak-kanak biasa dan pengunjung bimbang kanak-kanak berkenaan mungkin sesat di hutan. Apabila mereka merenung matanya, dia tiba-tiba hilang. Ia menyeramkan.” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI