fbpx

Penyelarasan sistem pendidikan libatkan prasekolah kerajaan sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kah Woh (tengah) bergambar selepas program penyerahan BAP di SMK Yuk Choy, Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA / KOSMO!

IPOH – Penyelarasan semula sistem pendidikan prasekolah termasuk dari segi pembelajaran dan silibus dijangka melibatkan institusi pendidikan kerajaan sahaja.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, kementerian sedang dalam proses memuktamadkan segala perincian serta prosedur, dan setelah selesai perkara itu akan diumumkan kepada rakyat.

Beliau sedar timbul tanda tanya tentang sama ada penyelarasan itu akan turut melibatkan prasekolah swasta atau tidak.

“KPM akan berbincang untuk selaraskan semua perincian. Yang terlibat adalah prasekolah kerajaan sahaja. Kementerian akan buat pengumuman pada masa yang sesuai,” katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan cek cura Bantuan Awal Persekolahan (BAP) negeri Perak 2024 di SMK Yuk Choy di sini hari ini.

Jemaah Menteri pada minggu lalu memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak lebih terjamin dan menyeluruh.

Kementerian Pendidikan sudah diarahkan untuk melaksanakan penyelarasan semula sistem pendidikan itu.

Sementara itu, mengenai kejadian seorang bapa calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menyerang guru di sebuah sekolah di Sabah, Kah Woh berkata, pihaknya menyerahkan segala siasatan dan tindakan lanjut kepada pihak polis.

Dilaporkan, seorang bapa ditahan selepas memarahi dan mengugut guru kerana mengambil tindakan terhadap anaknya yang didakwa merokok di kawasan sekolah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI