fbpx

Bilik tayangan SK Sinderut Lipis terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BILIK tayangan sementara SK Sinderut di Lipis musnah dalam kejadian kebakaran malam tadi.

LIPIS – Sebuah bilik tayangan sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Sinderut di sini musnah dalam kejadian kebakaran malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian kira-kira pukul 10.29 malam itu.

“Seramai lima anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Sungai Koyan dibantu empat anggota BBP Raub bergegas ke lokasi kejadian dengan dua buah jentera dan tiba pada pukul 1.46 pagi.

“Kebakaran melibatkan sebuah bilik tayangan sementara dengan anggaran kemusnahan 100 peratus,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, operasi pemadaman kebakaran dilakukan menggunakan satu aliran hos dan anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke bangunan lain.

Katanya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 3.23 pagi hari ini dan operasi tamat pada pukul 4.43 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI