fbpx

Selepas Mak Cik Kemboja, akak Vietnam pula hina Melayu, agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perbualan Ahmad Zul dengan pemilik restoran Vietnam, Nat Tran di Facebook.

PETALING JAYA – Selepas kontroversi Mak Cik Kemboja, kini akak Vietnam pula tular apabila menghina orang Melayu dan agama Islam serta memperlekehkan Raja-Raja Melayu.

Perkara itu didedahkan Ahmad Zul menerusi klip video yang dikongsi di Twitter miliknya selepas berhubung dengan seorang wanita bernama Na Tran di Facebook yang dipercayai pemilik kedai makan Vietnam di Plaza Sungei Wang, Kuala Lumpur.

Menurut Ahmad Zul, dia yang sedang mencari restoran untuk sambutan hari lahir anaknya mula berhubung dengan wanita terbabit kerana tertarik dengan promosi kedai tersebut.

Bagaimanapun, tangkap layar perbualan antara Ahmad Zul dengan Na Tran di Facebook dilihat bertukar tegang ketika dia bertanya mengenai status halal perniagaan berkenaan.

“Kamu nak makanan tanpa babi kan? Kenapa mahu sibuk nak tahu tentang sijil halal. Kamu ingat saya suka-suka nak bagi pelanggan Muslim makan babi ke?

“Tapi saya tahu ramai Muslim di Malaysia makan babi secara senyap-senyap sebab enak,” kata Na Tran.

Terkejut dengan maklum balas yang diterima, Ahmad Zul melakukan soal selidik dan mendapati Na Tran merupakan warga asing dan tidak dibenarkan berniaga di Malaysia tanpa majikan.

“Kamu siapa nak soal siasat aku? Tiada siapa pun berhak mempersoalkan warga asing termasuk Raja-Raja Melayu.

“Kami juga bantu membangunkan Kuala Lumpur. Tanpa kami, Malaysia hanya setaraf Kemboja,” ujar wanita itu lagi.

Dalam pada itu, Na Tran juga menyifatkan warga Malaysia mempunyai mentaliti rendah dan mendakwa ia punca Singapura berpisah dari Malaysia.

Lebih mengejutkan, Na Tran turut mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada Ahmad Zul sebelum menyekatnya di Facebook.

“Tiada pelajaran, tiada kelayakan, tiada skil dalam berniaga dan selayaknya kamu semua jadi pemandu seumur hidup. Kalau tak nak kerja, marilah datang Vietnam kerja cuci tandas,” tambahnya.

Justeru, Ahmad Zul berkata, keberanian wanita itu bertindak biadap kepada warga tempatan selain berani membuka perniagaan secara ‘ali baba” menjadikan persoalan untuk pihak berkuasa.

“Saya memohon Menteri Wilayah di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustafa menyiasat perkara ini,” – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI