fbpx

Gelombang keempat: Mangsa banjir Terengganu kekal 473 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk sedang mengemas rumahnya yang dilanda banjir lumpur di Kampung Pasir Raja, Hulu Dungun, Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Mangsa banjir gelombang keempat yang melanda Terengganu sejak seminggu lalu kekal 473 orang daripada 157 keluarga hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor, Hulu Dungun.

“PPS Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja masih menempatkan 247 mangsa banjir.

“Seramai 226 mangsa lain pula berada di PPS Dewan Serbaguna Kampung Shukor,” katanya di sini hari ini.

Kedua-dua perkampungan terletak paling hulu di Dungun itu dilanda banjir lumpur pada 25 Januari lalu.

Hampir 80 peratus rumah penduduk di dua kawasan tersebut mengalami kerosakan termasuk tiga ranap sepenuhnya akibat banjir lumpur berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI