fbpx

Polis tahan empat lelaki, rampas 10.51 kg kanabis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hussein bercakap pada sidang akhbar berhubung kejayaan tangkapan dan rampasan dadah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/ KOSMO!

SEPANG – Polis menahan empat lelaki dan merampas lebih 10 kilogram (kg) dadah jenis kanabis bernilai RM33,000 di dua lokasi di Selangor pada 25 Januari lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, tangkapan pertama melibatkan tiga suspek yang diberkas berhampiran sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Karak, manakala seorang lagi suspek dicekup di Ampang.

“Polis merampas sebanyak 10 ketulan mampat disyaki kanabis seberat 10.51 kg.

“Kita mendapati empat suspek berusia 20 hingga 33 tahun itu turut mempunyai rekod jenayah kes dadah dan jenayah,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, ujian saringan awal mendapati tiga daripada empat suspek terbabit positif tetrahydrocannabinol (THC).

Jelasnya, kesemua suspek direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah. Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Hussien berkata, sepanjang tahun lalu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor berjaya menangkap 22,859 individu atas pelbagai kesalahan narkotik 3.96 peratus lebih tinggi dari tahun sebelumnya.

“Selain tangkapan, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM154.59 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI