fbpx

Minta RM100: Tiga anggota polis trafik direman tiga hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan seorang anggota polis trafik menawarkan bayaran saman RM100 kepada pelancong, di Ipoh Perak.

IPOH – Tiga anggota polis trafik ditahan bagi membantu siasatan kes video tular menawarkan bayaran RM100 terhadap pempengaruh media sosial dari United Kingdom (UK) bagi menyelesaikan saman kesalahan trafik.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, kesemua anggota berusia antara 37 hingga 42 tahun itu direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.

Katanya, ketiga-tiga mereka merupakan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Perak.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Siasatan kes ini telah diambil alih oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas siasatan lengkap,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan dalaman juga dijalankan terhadap kes berkenaan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Dalam pada itu, Mohd. Yusri menyeru mangsa agar tampil memberi kerjasama kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan segera dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI