fbpx

Wanita ditemui maut, berlumuran darah di tepi tangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita yang dipercayai warga Indonesia ditemui maut di tepi tangga lif tingkat lima Blok 5, Desa Mentari, Petaling Jaya, pagi ini.

PETALING JAYA – Seorang wanita dipercayai warga Indonesia ditemui maut dengan kesan kecederaan di badannya di tepi tangga lif tingkat lima Blok 5, Desa Mentari, di sini pagi ini.

Wanita tersebut yang berusia lingkungan 20-an ditemui dalam keadaan berlumuran darah kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi hari ini mengesahkan kes tersebut.

Ujarnya, kecederaan yang dialami tidak dapat dipastikan lagi dan menunggu pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor untuk menjalankan siasatan.

“Sehingga kini kita tidak kenal pasti lagi suspek dan meminta saksi kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

“Kami juga akan memeriksa televisyen litar tertutup (CCTV) untuk menjalankan siasatan lanjut. Keterangan juga akan dirakam bagi mengesan suspek terbabit dalam kejadian ini.

“Kita akan keluarkan kenyataan media dalam masa terdekat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI