fbpx

Polis siasat video puntianak terbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis setempat sedang menyiasat kesahihan video didakwa kelibat puntianak tersebut. – Istimewa

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan lembaga dipercayai puntianak berdiri tegak sebelum terbang, lapor laman berita Detik kelmarin.

Kejadian berlaku di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan.

Berdasarkan video tersebut, susuk misteri seperti tubuh manusia dilihat berdiri tegak dalam persekitaran  gelap.

Dalam keadaan samar itu,  pakaian berwarna putih dan rambutnya yang panjang mengurai masih kelihatan.

Satu suara misteri yang menyeramkan turut didengari dalam video tersebut sebelum lembaga itu terbang dan menghilangkan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bontonompo Selatan, Rahmat T berkata, kejadian  berlaku di Kampung Tanrara.

Pihaknya kini menyiasat kesahihan video tersebut.

“Polis setempat telah menghubungi ketua kampung, namun tiada sebarang laporan diterima daripada penduduk mengenai kejadian itu setakat ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI