fbpx

Lelaki meninggal dunia ketika sujud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki yang memakai baju berwarna putih dilihat tidak bangun dan bergerak ketika jemaah lain meneruskan solat. – Instagram

JAKARTA – Seorang lelaki yang  solat berjemaah di sebuah masjid di wilayah Riau meninggal dunia dalam keadaan bersujud, lapor portal berita Okezone kelmarin.

Kejadian berlaku pada 24 Januari lalu di Masjid Baitul Iman, Siak.

Daripada rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV), barisan jemaah dilihat solat dengan khusyuk.

Selepas bersujud, salah seorang daripada jemaah yang memakai baju berwarna putih dilihat tidak bangun dan bergerak ketika jemaah lain meneruskan solat.

Seorang jemaah yang duduk di sebelahnya kemudian keluar daripada solat dan cuba membantu lelaki berkenaan.

Seorang jemaah wanita turut berlari ke arahnya bagi membantu lelaki tersebut.

Namun, dia tetap tidak bergerak sebelum terbaring longlai di atas permaidani masjid dan disahkan meninggal dunia.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Kematian yang saya idamkan. Semoga Allah kabulkan,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI