fbpx

KPT pertimbang salur insentif tambahan kepada IPTS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry (tiga kiri) ketika merasmikan Majlis pelancaran TVET Kemahiran Digital dan Dialog Hala Tuju Institusi Pengajian Tinggi di Cheras, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh FAUZI BAHARUDIN/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sedia mempertimbangkan cadangan untuk memperuntukkan insentif tambahan kepada institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi tujuan mengembangkan penyelidikan dan pembangunannya di bawah Bajet 2025.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, langkah sedemikian bukan sahaja memberi manfaat kepada IPTS di negara ini, malah ia dapat menyumbang kepada kemajuan negara dan orang ramai.

“Jika anda masih ingat, Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkata (sebelum ini) kita perlu benar-benar melihat sifat sumbangan (untuk pembangunan negara).

“Oleh itu, jika ia (insentif) bertujuan untuk geran penyelidikan yang bukan sahaja memberi manfaat kepada universiti, malah untuk orang ramai dan negara, ia boleh dipertimbangkan.

“Namun, masih terlalu awal untuk saya menjawab apa-apa (membuat keputusan) pada peringkat ini tetapi kami bersedia untuk mempertimbangkan,” katanya.

Zambry berkata demikian semasa sesi dialog yang dikendalikan bekas Menteri Kesihatan merangkap profesor tambahan Kolej Universiti Sedaya Antarabangsa (USCI), Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada pelancaran TVET Kemahiran Digital di sini, hari ini.

Dalam sesi dialog tersebut, Khairy Jamaluddin bertanya kepada Zambry, adakah pihak KPT bercadang untuk memberi insentif kepada IPTS termasuklah insentif cukai bagi menggalakkan pertumbuhan biasiswa serta penyelidikan untuk pelajar. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI