fbpx

15 jam terperangkap dalam gondola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pusat Peranginan Ski Heavenly kini menyiasat punca gondolan itu berhenti di udara. - George Rose/Getty Images

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Seorang pemain papan salji di negeri California terperangkap selama 15 jam di dalam sebuah gondola, lapor saluran berita Fox News.

Kejadian berlaku ketika Monica Laso bermain papan salji di Pusat Peranginan Ski Heavenly, Khamis minggu lalu.

Akibat terlalu letih untuk meluncur turun, Laso menaiki gondola untuk kembali ke bawah gunung sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan).

Beberapa minit selepas menaikinya, gondola itu terhenti di tepi lereng. Laso cuba meminta tolong namun jeritannya tidak didengari. 

Dia juga tidak dapat membuat panggilan kecemasan kerana tidak membawa telefon bimbitnya.

“Saya menjerit hingga hilang suara,” kata Laso kepada saluran berita KCRA.

Dalam usaha memanaskan badan, Laos menggosok tangan dan kakinya sepanjang malam kerana suhu turun kepada 23 darjah Celsius.

Operasi mencari dilancarkan selepas beberapa rakan menghubungi Pejabat Syerif El Dorado pada hari kejadian apabila mendapati Laso hilang.

Pada keesokan pagi, Laso ditemui selepas kakitangan menghidupkan gondola itu. Dia didapati dalam keadaan masih sedar dan segera dibawa ke hospital. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI