fbpx

Derrick Gan ‘disambut’ dengan motosikal baharu di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi di laman Facebook Era Malaysia.

PETALING JAYA – Penyokong setia Harimau Malaya, Derrick Gan yang sanggup menjual motosikal untuk ke Qatar akhirnya disambut dengan sebuah motosikal baharu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Motosikal jenis skuter model Karisma daripada Modenas itu adalah hadiah daripada syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) dengan kerjasama stesen radio, Era.

Menerusi hantaran di laman Facebook stesen radio terbabit, skuter berkenaan dihadiah terus kepada Derrick Gan sejurus dia tiba di KLIA.

“Alhamdulillah rezeki buat @derrickganjr terima motor dari @modenas.malaysia.

“Derrick, teruskan support dan jadi pemain ke 12 pasukan Harimau Malaya! Selamanya Harimau Malaya!!,” tulis hantaran itu.

Difahamkan juga, Derrick turut diberi peluang untuk bercakap melalui panggilan video bersama penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Derrick, 30, tular di media sosial kerana sanggup menjual motosikalnya demi menyaksikan perlawanan antara Malaysia menentang Korea Selatan.

Derrick yang berasal dari Bandar Hilir, Melaka, mula tular apabila reaksinya menangis kegembiraan dirakam menerusi siaran langsung yang dipertontonkan kepada seluruh dunia.

Ujarnya yang bekerja sebagai pengendali mesin dan jentera, dia hanya mengetahui reaksinya dirakam apabila isteri dan keluarga menghantar tangkap layar mukanya sedang menangis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI