fbpx

Rumah didakwa miliki kuasa ghaib dijual RM4.4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH rumah yang didakwa mempunyai kuasa ghaib mahu dijual di Bangkok. - Foto Khaosod

BANGKOK – Sebuah rumah di Bangkok yang didakwa mempunyai ‘kuasa ghaib’ mendapat perhatian ramai sehinggakan ia diiklankan untuk dijual pada harga 33.3 juta baht (RM4.4 juta), lapor portal berita Thaiger semalam.

Rumah itu mempunyai tiga bilik tidur, dua ruang tamu, dua bilik mandi, dapur, dua bilik persalinan dan bilik simpanan. Ia juga mempunyai tempat letak kereta untuk dua buah kenderaan.

Menurut hantaran dalam kumpulan sembang Facebook, Kumpulan Rumah Terpakai Dengan Harga Tinggi di Bangkok, pemilik hartanah itu tinggal di rumah tersebut selama kira-kira 30 tahun dan tidak pernah terfikir untuk menjualnya.

“Rumah ini mempunyai ‘tenaga’ yang pelik tetapi saya mahu menekankan bahawa tiada hantu di sini kerana tiada siapa pernah mati di rumah ini.

“Jika anda bangun pada pukul 3 pagi secara semula jadi tanpa menetapkan penggera, segala-galanya di sekeliling anda akan berubah. Keadaan di dalam bilik tidur akan berubah,” kata pemilik rumah tersebut.

Pemilik itu mendakwa bahawa satu lubang hitam besar akan terbentuk di dinding bilik yang kelihatan pada pukul 3 pagi walaupun lampu ditutup.

Namun, lelaki tersebut memberi amaran supaya tiada sesiapa memasuki lubang hitam tersebut.

“Anda hanya boleh menyentuhnya tetapi jangan masuk ke dalamnya kerana anda mungkin tidak dapat keluar semula,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI