fbpx

Laksana program pemutihan pastikan golongan sewajarnya terima zakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im pada Program Ziarah Asnaf Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 1/2024 di pekarangan Perumahan Awam Seri Selangor, hari ini. - Foto oleh SYAKIR RADIN / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bakal menjalankan proses pemutihan bagi memastikan bantuan zakat dan sebarang sumbangan diberikan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, pihak MAIWP telah mengenal pasti terdapat segelintir penerima zakat yang mempunyai pendapatan atau simpanan tertentu yang tidak melayakkan mereka bergelar asnaf.

“Selepas pemeriksaan dijalankan, kami mendapati ada di antara individu yang terima bantuan ini sebenarnya sudah terlepas dari golongan asnaf.

“Oleh itu, program pemutihan bakal dijalankan untuk memastikan bantuan sampai ke tangan orang yang selayaknya. Di MAIWP, pemeriksaan telah dilakukan secara berkala,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di sidang akhbar Program Ziarah Asnaf Bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Siri 1/2024 di pekarangan Perumahan Awam Seri Selangor, di sini hari ini.

Mohd. Na’im berkata, proses pemutihan tersebut bakal dijalankan secepat mungkin bagi mendukung amanat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Mohd. Na’im berkata, kadar bantuan zakat yang diterima yang oleh asnaf bakal disemak semula susulan peningkatan kos sara hidup yang semakin meningkat ketika ini.

Menurut beliau, kadar yang baharu bakal diperkenalkan pada bulan Jun akan datang.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat. Semakin ramai bayar zakat, semakin banyaklah bantuan yang akan diberikan.

“Dari pihak MAIWP, kami sentiasa mencari jalan bagi memudahkan proses pemberian zakat dan bantuan. Bila kami turun padang, kami akan cari jalan untuk pastikan golongan asnaf dapat mendapat bantuan yang sewajarnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI