fbpx

Penjawat awam sedia ada pilih pencen tidak terjejas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amir Hamzah

PUTRAJAYA- Kumpulan penjawat awam sedia ada yang memilih skim pencen disifatkan tidak akan terkesan dengan sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, kerajaan komited memastikan kebajikan dan kesejahteraan penjawat awam dan pesara sentiasa terbela.

“Saya ingin menekankan daripada segi pencen kerajaan tidak berhasrat untuk mengubah (skim pencen) kepada mereka yang dah ada, jadi kalau penjawat awam itu dah bekerja dengan kerajaan tiada apa akan bertukar.

“Untuk mereka yang baru masuk, dia akan masuk secara kontrak buat masa sekarang.

“Siapa yang dah ada dalam sistem sekarang kita tidak ubah, itu adalah janji yang kita telah buat,” katanya pada sidang akhbar pertamanya selepas dilantik menyertai Kabinet pada 12 Disember lalu di sini tadi.

Mengulas lanjut, katanya, daripada segi pengurusan kewangan negara pula, sejumlah 48 peratus Belanjawan disalurkan kepada emolumen dan pencen.

“Jika dapat ringankan beban yang ada, boleh salur kelebihan itu kepada bahagian lain yang penting untuk rakyat dan negara seperti pendidikan dan kemudahan infrastruktur yang lebih baik,” katanya.

Selasa lalu, Jabatan Perkhidmatan Awam dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Januari 2024 menyatakan suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI