fbpx
Keluarga berkumpul dengan memegang gambar Bella di luar Mahkamah Majistret Batu Pahat semalam.

Nyawa dibayar nyawa – Kakak Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BATU PAHAT – “Nyawa dibalas nyawa.” Itu tegas Norisham Samsusah, kakak Mila Sharmila atau Bella yang mayat ditemukan hanya tinggal rangka di dalam sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, pada Jumaat lalu.

Teriakan Norisham, 36, itu didengari ketika teman lelaki Bella dibawa keluar dari Mahkamah Majistret, di sini semalam, selepas didakwa atas pertuduhan membunuh wanita berusia 32 tahun tersebut pada hujung tahun lalu.

Selain itu, Norisham juga melaungkan perkataan pembunuh kepada tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, ketika lelaki terbabit dibawa masuk ke dalam kenderaan polis.

Norisham yang hadir bersama kira-kira 50 ahli keluarganya tidak dapat menahan sedih dan marah terhadap tertuduh yang didakwa membunuh ibu tunggal anak dua dengan kejam sehingga berakhir dengan penemuan rangka insan tersayang itu.

“Anak sudahlah pembunuh, kau (keluarga tertuduh) nak back up lagi, aku ini macam orang gila. Nyawa dibalas dengan nyawa,” kata Norisham.

Di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini pula, Nori­sham memberitahu, Bella pernah meluahkan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya itu.

Katanya, Bella turut memaklumkan mahu berpindah ke Johor Bahru untuk menetap bersamanya pada musim cuti persekolahan akan datang.

Di dalam bilik inilah rangka manusia ditemui di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, hasrat itu tidak kesampaian apabila wanita yang hilang sejak 14 Disember tahun lalu tersebut akhirnya ditemui mati.

Ia selepas rangka manusia yang dijumpai di sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini, pada 19 Ja­nuari lalu disahkan adalah Bella.

“Dia berkawan dengan lelaki itu sejak tujuh bulan lalu. Anak sulung Bella selalu tanya saya di mana mummy (Bella).

“Anaknya beritahu, uncle (ter­tuduh) dahulu selalu marah-marah mummy. Anak Bella tanya kenapa mummy keluar televis-yen, dia tanya saya sudah beri­tahu polis belum uncle selalu pukul-pukul mummy,” ujarnya.

Norisham hadir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat di hospital itu bagi me­nuntut mayat Bella yang selesai menjalani proses bedah siasat untuk dikebumikan.

Tambah Norisham, dia akan menjaga kedua-dua anak arwah yang berusia lima dan dua tahun.

“Kalau ikutkan pengakhiran seperti ini sangat mengecewakan kerana pada hari kedua kehilangannya, saya dah jangka lelaki itu tahu sesuatu, cara dia bercakap pun sudah tahu penipuan dia, tetapi akhirnya ini yang kami dapat,” katanya.

Bapa saudara Bella, Nor Azhar Jamil, 55, pula berharap keadilan diberikan sepenuhnya atas kematian Bella yang dianggap amat kejam.

“Kami juga akan mengikuti sepenuhnya kes ini sehingga tamat demi keadilan untuk Bella,” katanya.

Jenazah Bella selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Banang, di sini petang semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN