fbpx

Noh Omar umum kembali menjadi peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOH

PETALING JAYA – Bekas Ahli Parlimen Tanjung Karang, Tan Sri Noh Omar mengumumkan beliau akan berkhidmat semula sebagai peguam.

Perkara itu dikongsi Noh menerusi hantaran di Facebook miliknya dengan memuat naik foto sijil pendaftaran daripada Mahkamah Tinggi Malaysia.

“Alhamdulillah saya diterima semula menjadi peguam bela dan peguam cara untuk menjalankan tugas di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Seksen dan Mahkamah Majistret.

“Semoga semuanya dipermudahkan. Mohon sahabat-sahabat semua doakan saya. Terima Kasih,” katanya ringkas, hari ini.

Noh, 65, sebelum ini memulakan kerjaya sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Suktan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor pada 1983 sebelum membuka firman guaman bernama Ahmad Fahmy & Noh.

Beliau kemudian menjejakkan kaki ke dalam arena politik dengan menyertai UMNO dan memenangi kerusi Parlimen Tanjung Karang pada 1995.

Antara jawatan yang pernah dijawat beliau ialah Menteri Pertanian dan Asas Industri Tani, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Bagaimanapun, kerjaya politik Noh sedikit terjejas selepas beliau dipecat Majlis Kerja Tertinggi UMNO pada Januari 2023 sebelum membuat keputusan menyertai Perikatan Nasional (PN). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI