fbpx

Maut dilanggar lori ketika ganti rakan pandu kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pacuan empat roda mangsa di lokasi kejadian.

KUALA LANGAT – Niat baik seorang lelaki menggantikan rakannya memandu berakhir tragedi apabila maut selepas dilanggar lori di Kilometer 21.6, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 pagi, mangsa berusia 37 tahun yang tercampak akibat pelanggaran tersebut disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, siasatan mendapati nahas berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Chevrolet menuju ke Shah Alam dari Port Dickson, Negeri Sembilan.

Katanya, kenderaan itu berhenti di lorong kecemasan kerana pemandu keletihan dan meminta  seorang rakan untuk menggantikannya.

“Sebuah lori melanggar mangsa yang sedang membuka pintu. Impak pelanggaran itu, mangsa tercampak ke tengah jalan dan meninggal dunia di lokasi tersebut.

“Lori itu yang hilang kawalan melanggar belakang Perodua Axia,” katanya hari ini.

Pemandu lori dan Perodua Axia tidak cedera. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ahmad Ridhwan meminta mana-mana saksi untuk menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Inspektor Mazrol Mohd. Din di talian 0111-8539116 atau 03-31872222. -KOSMO!ONLIN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI