fbpx

Duda ‘iklan’ anak di Facebook, mahu cari isteri baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seorang bapa yang juga duda mengiklankan anak lelakinya di Facebook semata-mata mahu mencari isteri baharu.

Menerusi iklan tersebut, lelaki itu berkongsi ciri-ciri anaknya bagi memudahkan calon membuat pertimbangan untuk menjadi ibu tiri kepada kanak-kanak terbabit.

“Kanak-kanak lelaki, lapan tahun, aktif, manja, mudah mesra dengan sesiapa. Harap ada yang sudi jadi ibu kepada anak saya,” tulisnya.

Kata lelaki tu, anaknya sejak berusia lima tahun sudah kehilangan kasih seorang ibu disebabkan isterinya meninggal akibat kemalangan.

“Tiga tahun berlalu, tiba masanya anak saya ada ibu untuk menagih kasih. Harap ada yang sudi.

“Saya sendiri tak memilih anda bagaimana, yang penting ikhlas terima anak dan saya. Tak kerja lebih baik, dapat fokus besarkan anak. Insya-Allah saya mampu tanggung keluarga kecil saya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menitipkan doa agar lelaki itu segera bertemu peganti isterinya sekali gus dapat bersama-sama membesarkan anak kecil tersebut.

“Moga abang bertemu jodoh dengan wanita yang baik, yang boleh jadi mak tiri yang baik untuk anaknya,” kata Asyikin.

“Good luck (semoga maju jaya), moga dipermudahkan urusan mencari ibu buat anaknya,” ujar Zainol. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI