fbpx
Anggota bomba menjalankan SAR mencari Norhisyam (gambar kecil) yang juga seorang peniaga kosmetik di sekitar Jambatan Tendong, Kota Bharu kelmarin. – IHSAN BOMBA

Abang yakin adik ada di sekitar Jambatan Tendong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Ahli keluarga kepada peniaga kosmetik yang terjatuh di Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini ­minggu lalu yakin jasad lelaki itumasih ada dan berkemungkinan tersangkut pada kayu-kayan di dasar sungai tersebut.

Abang mangsa, Sukardi Ismail, 47, berkata, dia sangat ya­kin jasad adiknya, Norhisyam, 43, ada di sekitar Jambatan Tendong meskipun kehilangannya sudah masuk hari ke-10 semalam.

Menurutnya, dia mendapat maklumat daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bahawa kawasan Sungai Kelantan ketika ini banyak ranting pokok dan kayu balak yang ha­nyut selepas banjir baru-baru ini.

“Mungkin adik saya tersangkut pada kayu-kayan di dasar Sungai Kelantan. Seperti yang kita tahu, jika ada orang lemas di kawasan itu, mayatnya akan timbul selepas tiga atau empat hari kemudian.

“Saya yakin Norhisyam masih ada di situ, tetapi saya serah kepada Allah SWT dan memohon agar jasadnya akan jumpa dalam masa terdekat,” katanya semalam.

Sukardi memberitahu, dia juga sempat berpesan kepada kumpulan pemancing dan penduduk kampung untuk membantu pencarian adiknya sebelum bertolak pulang ke Kedah semalam.

Menurutnya, sebelum ini, keluarganya bersama penduduk mengadakan solat hajat
di bawah Jambatan Tendong memohon agar Norhisyam ditemui pada hari ketujuh kehilangannya.

“Kami sekeluarga sangat berharap supaya Norhisyam ditemui meskipun pihak bomba sudah menghentikan operasi mencari dan menyelamat (SAR) semalam (kelmarin).

“Setakat ini, adik ipar yang juga isteri kepada Norhisyam dan anak-anaknya masih belum dapat menerima kejadian itu,” jelasnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, seorang peniaga produk kosmetik sempat menghubungi bapa mentuanya agar datang mengambil kereta Merce­des-Benz E250 CGI miliknya yang rosak sebelum dia terjatuh ke Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong, di sini pada 15 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN