fbpx

[VIDEO] Anwar ucap selamat menyambut Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video Anwar mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada penganut agama Hindu.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau berharap semoga sambutan Thaipusam tahun ini lebih meriah di samping keluarga dan yang tersayang.

“Selamat menyambut perayaan Thaipusam kepada teman-teman yang beragama Hindu.

“Kita akan terus bekerja memastikan Malaysia terus aman dan damai serta nilai kemajmukan diperkukuh,” katanya dalam satu hantaran di media sosial malam ini.

Menerusi rakaman video pula, Anwar berkata, Malaysia meraikan kepelbagaian dan menghormati hak mengamalkan agama masing-masing.

Justeru, beliau berharap masyarakat beragama Hindu di negara ini dapat merayakan Thaipusam dengan tenang bersama keluarga mereka.

“Supaya dapat ditingkatkan usaha, akhlak dan nilai mereka dan semangat kemanusiaan dan jadikan sebagai satu kekuatan induk dalam negara Malaysia tercinta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI