fbpx

Hormati pandangan, fatwa institusi mufti – Mufti Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadzil menerima replika cek zakat perniagaan daripada syarikat Environment Idaman Sdn. Bhd. di Menara Zakat, Alor Setar hari ini.

ALOR SETAR – Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadzil Awang menyeru seluruh masyarakat Islam supaya menghormati pandangan dan fatwa yang dikeluarkan oleh institusi mufti.

Beliau berkata, Jabatan Mufti merupakan institusi yang tertinggi bagi negeri-negeri di negara ini dengan golongan mufti adalah daripada kalangan ilmuan yang mempunyai pengetahuan mendalam.

“Institusi mufti merupakan institusi yang tertinggi bagi negeri-negeri yang ada di Malaysia kita ini, sebab itu fatwa atau pandangan-pandangan yang dikeluarkan mana-mana Jabatan Mufti perlu dihormati.

“Kalau kita tengok daripada segi struktur atau organisasi, Jabatan Mufti negeri berada di bawah Sultan, jadi maknanya dia (mufti) dilantik oleh Sultan. Mereka menjalankan tugas bagi pihak Sultan,” katanya selepas menerima replika cek zakat perniagaan berjumlah RM3.79 juta dari 14 syarikat korporat di Menara Zakat, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat agar menghormati institusi mufti serta pandangan dan fatwa yang dikeluarkan.

Kosmo! hari ini melaporkan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta pengguna media sosial agar tidak memanjangkan isu berkaitan permohonan maaf beliau kepada artis popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Wan Salim berkata, sebarang polemik berhubung perkara itu juga wajar dihentikan dan meminta semua pihak agar berbaik sangka memandangkan tidak ada manusia yang sempurna selain Rasulullah SAW.

Beliau sebelum itu secara terbuka memberikan saranan agar konsert penyanyi nombor satu negara terbabit dianjak bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI