fbpx

TNB, PBT bincang isu bekalan elektrik di Kampung Sungai Bayu Dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAPIAH menunjukkan lampu solar yang digunakan bagi menerangi rumah penduduk di Kampung Sungai Bayu Dalam, Gua Musang.

PETALING JAYA – Tenaga Nasional Berhad (TNB) bakal mengadakan sesi perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi isu bekalan elektrik di Kampung Sungai Bayu Dalam, Gua Musang, Kelantan.

TNB dalam satu kenyataan hari ini berkata, perbincangan tersebut bagi menyelesaikan isu bekalan elektrik dalam masa terdekat terutama berkaitan status pemilikan tanah berkenaan.

Ujarnyq, tiang sedia ada adalah tiang bekalan elektrik kepada penduduk Kampung Sungai Bayu Dalam yang telah mendapat bekalan dan memenuhi syarat permohonan.

“Bagi penduduk yang membuat aduan tidak mendapat bekalan pula, semakan mendapati TNB tidak menerima sebarang permohonan bekalan elektrik daripada penduduk atau permohonan melalui Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB).

“Pihak TNB telah mengadakan lawatan tapak pada kelmarin (21 Januari) dan setelah mendapat rujukan bersama PBT, status tanah dan tapak rumah pihak pengadu adalah masih milik kerajaan.

“Maka, syarat dan prosedur untuk memohon bekalan elektrik adalah perlu mendapat kebenaran daripada PBT terlebih dahulu,” katanya.

Tambah TNB, antara syarat lain adalah termasuk izin lalu tiang elektrik sehingga ke premis pengguna.

Katanya, setelah status pemilikan tanah dan syarat izin lalu diselesaikan, pengadu boleh memohon bekalan elektrik melalui kontraktor elektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan sebahagian besar penduduk Kampung Sungai Bayu Dalam di sini membelanjakan RM900 sebulan hanya untuk membeli petrol bagi menghidupkan generator ekoran tidak menerima bekalan elektrik sejak 14 tahun lalu.

Selain generator, 14 keluarga di situ juga bergantung kepada tenaga solar.

Che Adam Che Kob, 67, berkata, mereka masih tidak mendapat kemudahan itu meskipun tiang elektrik telah dipacak di sepanjang jalan ke kampung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI