fbpx

‘Tak salah pun mufti minta maaf kepada artis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUFTI Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor memberi saranan agar konsert Siti Nurhaliza dianjak bagi menghormati kedatangan bulan Ramadan.

GEORGE TOWN – Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd. Noor meminta pengguna media sosial agar tidak memanjangkan isu berkaitan permohonan maaf beliau kepada artis popular negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Wan Salim berkata, sebarang polemik berhubung perkara itu juga wajar dihentikan dan meminta semua pihak agar berbaik sangka memandangkan tidak ada manusia yang sempurna selain Rasulullah SAW.

“Ramai memberi komen menyatakan saya tidak perlu mohon maaf kepada Siti Nurhaliza kerana menegur beliau secara terbuka dalam isu konsert yang akan berlangsung pada tarikh yang amat hampir dengan bulan Ramadan.

“Tak salah pun mufti minta maaf kepada artis atau sesiapa. Sebab kita manusia biasa tak maksum. Kita tak boleh yakin bahawa apa yang kita kata itu betul di sisi Allah SWT. Hanya kita fikir betul tetapi hanya berdasarkan pertimbangan ijtihad kita sahaja yang boleh betul dan boleh salah,” katanya di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan yang Siti Nurhaliza akan meneruskan penganjuran konsert ‘Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza’ yang dijadualkan berlangsung 9 Mac ini iaitu ketika umat Islam hampir menyambut Ramadan.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti Nurhaliza iaitu Yayasan Nurjiwa, pihaknya menjelaskan tujuan utama konsert diadakan adalah bagi mengumpul dana untuk disalur kepada mangsa konflik di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan teguran Wan Salim supaya Siti Nurhaliza menunda tarikh konsert bagi menghormati ketibaan bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI