fbpx

MBSB Bank lancar kempen Simpan Berganda Menang Bergaya 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jesleigh (tengah), bergambar bersama hadiah utama pada Majlis Pelancaran Kempen Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) 3.0 Casa -i, di The Starhill 181, di sini hari ini. Foto oleh SHIDDIEQIIN ZON/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – MBSB Bank Berhad (MBSB) melancarkan kempen Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) 3.0 Casa-i yang merupakan kesinambungan daripada kempen-kempen sebelumnya.

Menurut Ketua Pegawai Operasi MBSB Bank, Jesleigh Johari, pelanggan hanya perlu membuka Akaun Semasa-i atau Akaun Simpanan-i PrimeWin dengan deposit minimum RM100.

Jesleigh berkata, ini merupakan acara MBSB yang pertama pada tahun 2024, khas bagi semua pelanggan setia bank tersebut.

“SBMB 3.0 merupakan kesinambungan daripada kempen SBMB dan SBMB 2.0 yang dikendalikan sebelum ini.

“Menerusi kempen ini, MBSB Bank bukan sahaja dapat terus menyantuni para pelanggan setia kami, malah dapat memperluaskan kumpulan sasaran.

“Pada masa yang sama, kami juga dapat memperkenalkan produk-produk baharu yang lebih menarik dan berdaya saing” katanya ketika ditemui di Mailis Pelancaran kempen Simpan Berganda Menang Bergaya (SBMB) 3.0 Casa-i di The Starhill 181, di sini hari ini.

Jesleigh berkata, kempen yang bermula pada 1 Disember 2023 tersebut akan berlangsung sehingga 31 Disember 2024 dengan sasaran sebanyak 80,000 pembukaan akaun baharu.

“Menerusi kempen kali ini, kami menawarkan pelbagai hadiah lumayan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM3 juta disebabkan wujudnya permintaan yang menggalakkan daripada pelanggan.

“Kami menggalakkan orang ramai menyertai kempen ini kerana cara penyertaannya amat mudah.

“Oleh itu, sesiapa sahaja berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik yang ditawarkan melalui kempen ini,” katanya.

Antara hadiah yang berpeluang untuk dimenangi ialah Porsche Macan, Mercedes-Benz GLC 300 4MATIC, Harley Davidson Road Glide, pakej percutian, wafer emas, jam tangan berjenama Apple, wang tunai dan banyak lagi.

Dalam pada itu, MBSB Bank turut menganjurkan kempen Deposit Bertempoh-i ‘CNY Combo Promo’ yang menawarkan pulangan yang kompetitif bermula dari 15 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI