fbpx

Lelaki ‘kantoi’ rakam bawah skirt artis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki 33 tahun itu ditahan selepas polis menerima tiga laporan berhubung perbuatan tidak sopannya.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan selepas perbuatan tidak senonohnya merakam bawah skirt seorang artis dari bawah pentas, dikesan dalam satu acara di sebuah pasar raya Bukit Jalil, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, polis menerima tiga laporan mengenai lelaki berusia 33 tahun yang membuat rakaman menggunakan telefon bimbitnya.

“Kira-kira pukul 9 malam, pengadu yang juga seorang wanita tempatan dimaklumkan oleh orang awam bahawa suspek membuat rakaman video tidak sopan menggunakan telefon bimbit dari bawah pentas.

“Seterusnya, rakan pengadu bersama dengan orang awam telah berjaya mengesan dan menangkap suspek di dalam kawasan pasar raya tersebut.

“Suspek telah diserahkan kepada polis bantuan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Bertindak atas laporan itu, sepasukan anggota Pencegahan Jenayah Balai Polis Bukit Jalil ke lokasi dan menahan semula suspek pada pukul 11.15 malam.

“Suspek direman tiga hari hingga Isnin, manakala kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-92845050/5051 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis berdekatan,” ujarnya. ‐ KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI