fbpx

Lelaki hilang ditemui mati di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjumpai mayat mangsa yang dilaporkan hilang di kawasan hutan berhampira No.18 Kong Phin Villa, Batu 4 Jalan Kong Phin di sini, pagi tadi.

KUCHING – Pasukan bomba hanya melakukan pencarian selama 15 minit sebelum menjumpai mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa daripada pihak polis kira-kira pukul 8.40 pagi dan segera menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi yang terletak di No.18 Kong Phin Villa, Batu 4 Jalan Kong Phin di sini.

Katanya setiba di lokasi, pihak bomba terlebih dahulu mendapatkan maklumat daripada isteri mangsa, yang mengatakan mangsa tidak pulang ke rumah lebih daripada 24 jam.

“Setelah mendapatkan maklumat dan lokasi kali terakhir mangsa dilihat, pihak bomba melakukan pencarian di kawasan hutan berdekatan.

“Pencarian hanya mengambil masa 15 minit sebelum menjumpai mangsa yang berada dalam keadaan terlungkup dan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata mayat lelaki berusia 58 tahun itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan susulan.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI