fbpx

Kelantan FC sedia beraksi di Liga M3 – Zamsaham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan The Red Warriors sedia untuk beraksi pada kempen Liga M3 musim depan.

PEMILIK Kelantan FC, Norizam Tukiman atau Zamsaham memberi bayangan pasukan The Red Warriors (TRW) akan bermain dalam saingan Liga M3 bagi musim depan.

Keputusan itu terpaksa dilalui oleh Kelantan FC selepas tidak diberikan lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB) sekali gus menyaksikan mereka tidak layak bertanding dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) turut menolak rayuan yang dikemukakan kelab itu pada 1 Januari lalu.

Mengulas mengenai perkara itu, Norizam berkata, beliau dilihat sudah dapat menerima keputusan Jawatankuasa Rayuan Perlesenan MFL yang menolak permohonan lesen kebangsaan TRW.

Menurutnya, sehubungan itu, beliau memberi bayangan bahawa Kelantan FC akan bermain di Liga M3 dalam usahan untuk memperkemaskan semula pasukan tersebut.

“Pernah tak dulu Kelantan main kat Liga FAM?

“So moving forward, kita akan bermain di M3 (Liga M3) dahulu dan perkemaskan semula team (pasukan),” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam

Norizam bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berdiam diri apabila diminta memberikan komen terhadap keputusan Jawatankuasa Rayuan Perlesenan Kelab MFL dan perancangan beliau untuk membina kembali kekuatan TRW.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, jenama Kelantan FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) kini hanya tinggal sejarah apabila Jawatankuasa Rayuan Pelesenan MFL menolak rayuan yang dikemukakan kelab itu.

Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah, berkata penolakan itu dibuat selaras dengan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

“Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini (semalam) melalui pemakluman rasmi sekaligus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025,” katanya.

Musim lalu penampilan kelab Pantai Timur itu di Liga M sering dibayangi pelbagai isu khususnya membabitkan hal tunggakan gaji.

Sebagai rekod, 10 pasukan diberikan lesen kebangsaan musim depan oleh FIB iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak FC, Sri Pahang FC, Selangor FC, Terengganu FC, Penang FC, Kuching City FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Negeri Sembilan FC dan PDRM FC.

Tiga lagi pasukan diberikan lesen kebangsaan namun dikenakan denda RM20,000 atas kesalahan dalam menyediakan notis deklarasi kepada FIB iaitu KL City FC, Sabah FC dan Kelantan United.

Lesen kebangsaan hanya sah bagi saingan 2024/25 dimana pasukan bertanding perlu mematuhi enam kriteria utama iaitu sukan, infrastruktur, kakitangan dan pentadbiran, perundangan, kewangan serta perniagaan seperti dinyatakan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI