fbpx
Zaitimah menunjukkan rumah mangsa yang kosong di Kampung Sri Buntar di Triang, Bera semalam.

‘Saya terkejut lihat dia terbaring kaku’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BERA – Seorang wanita bagaikan hilang kata-kata selepas melihat jasad jirannya dalam keadaan terbaring berlumuran darah dengan kesan lubang pada leher dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Sri Buntar, Triang di sini semalam.

Zaitimah Pier, 61, berkata, dia hanya mengetahui me­ngenai kejadian yang menimpa Nor Hazimah Said, 39, selepas seorang anak mangsa berusia 10 tahun datang ke rumahnya untuk memaklumkan mengenai nasib yang menimpa wanita berkenaan.

“Anaknya datang dan bagitahu ibunya jatuh bilik air dan ada kesan lubang pada leher.

“Sebaik sampai ke rumah, saya terkejut dan hampir tidak percaya. Saya cuba rasa nadi mangsa dan pada masa itu, saya yakin dia sudah tiada dan badannya pula agak sejuk,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Menurut Zaitimah, mangsa merupakan seorang yang sa­ngat mesra dengan jiran-jiran dan mereka kerap berbual pada waktu petang jika ada kelapangan.

“Saya agak ralat sebab tak tahu masalah kesihatan (kemurungan) arwah. Kalau tahu, boleh juga tengok-tengok, tanya apa yang patut.

“Saya tanya juga anaknya, ada ke mama dengan ayah gaduh, tetapi anak cakap tiada. Tapi mama banyak berdiam dan marah-marah,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi kelmarin, Nor Hazimah ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan kelar di leher di sebuah rumahnya di Kampung Sri Buntar, Triang di sini.

Pihak polis turut menemui nota bertulisan tangan yang dipercayai ditulis mangsa yang meminta maaf dengan apa yang berlaku dan meminta adik-beradiknya untuk menjaga anak-anaknya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN