fbpx

Jangan tarik subsidi petrol, diesel nelayan – LKIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Faiz FadIl (tiga dari kiri)menyerahkan bantuan enjin sangkut 30 kuasa kuda kepada enam nelayan di Kerian hari ini.- Foto oleh Wat Kamal Abas

PARIT BUNTAR – Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Muhammad Faiz Fadzil merayu bagi pihak nelayan seluruh negara agar subsidi minyak petrol dan diesel tidak ditarik balik.

Menurut Muhammad Faiz, tanpa subsidi minyak diesel dan petrol daripada pihak kerajaan,kos operasi aktiviti penangkapan ikan akan meningkat dan secara tidak lansung akan meningkatkan harga jualan ikan di pasaran.

“Jika itu berlaku hasrat Kerajaan Madani untuk mengurangkan kos sara hidup akan menemui jalan kesukaran.

“Apa yang saya faham ialah subsidi minyak itu akan diubah kepada subsidi bersasar dan berharap agar nelayan diseluruh negara ini dikategorikan dalam golongan bersasar yang layak untuk menerima subsidi minyak.” katanya selepas merasmikan Majlis Penyerahan 4 buah rumah siap bina baharu dibawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN)di Kerian Kuala Kurau hari ini.

Pada masa sama katanya, LKIM akan memantau meneliti setiap rekod hasil pendaratan nelayan termasuk rekod jualan ikan bagi memastikan nelayan yang menerima subsidi minyak ini benar -benar turun ke laut.

“Kalau ada nelayan yang kita dapati tidak turun ke laut mengikut syarat dan tempoh yang telah ditetapkan iaitu turun ke laut sebanyak 120 hari maka kita akan batalkan subsidi minyak yang diterimanya,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI