fbpx

Remaja 17 tahun didakwa bunuh warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, awal bulan ini. - FOTO MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN/ KOSMO!

SEREMBAN – Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang warga emas, awal Januari lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh berusia 17 tahun sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali.

Berdasarkan pertuduhan, remaja itu telah melakukan perbuatan membunuh seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun di antara pukul 11.30 malam, 3 Januari hingga pukul 10 pagi, 4 Januari di Kampung Pasir, Jalan Siliau Rantau.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Prosiding pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, M.Pusppa, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

4 Januari lalu, media melaporkan seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kesan kecederaan tikaman di bahagian belakang badan dan kedua buku lali di sebuah rumah di Kampung Pasir, Rantau.

Susulan kejadian itu, seorang lelaki telah ditahan oleh pihak polis kira-kira pukul 5 petang berhampiran kawasan kejadian dan seorang lagi dipanggil ke balai polis untuk siasatan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI