fbpx

Piala Asia: Ranking Harimau Malaya dalam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEKALAHAN kepada Jordan dan dua lagi aksi mencabar yang perlu dilalui Harimau Malaya pada kempen Piala Asia bakal memberi kesan kepada kedudukan ranking. - AFP

MISI Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk memastikan skuad Harimau Malaya berada dalam kelompok 120 negara terbaik dunia mungkin tidak kesampaian selepas tewas 0-4 kepada Jordan pada aksi Piala Asia 2023 awal pagi semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad kebangsaan kendalian Kim Pan-gon bakal dipotong 12.65 mata sekali gus kedudukan ranking bakal menjunam berbanding di posisi ke-130 dunia ketika ini.

Situasi itu mungkin dilihat agak perit untuk diterima memandangkan prestasi konsisten skuad Harimau Malaya antara yang paling meningkat sepanjang tahun 2023 sehingga mendapat pengiktirafan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan ranking Disember dikeluarkan FIFA, ranking skuad kebangsaan melonjak 15 anak tangga berbanding awal tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata.

Namun, ranking rasmi hanya akan diketahui apabila FIFA mengeluarkan senarai baharu apabila saingan Piala Asia 2023 dan Piala Negara-Negara Afrika 2023 berakhir pada awal bulan depan.

Pasukan negara bakal mengharungi dua lagi perlawanan sukar Kumpulan E bertemu Bahrain pada Sabtu ini sebelum menutup saingan dengan menentang negara pilihan, Korea Selatan pada 25 Januari depan.

Kedudukan ranking skuad negara masih lagi boleh diselamatkan andai mencipta kejutan dengan meraih keputusan positif ketika bertemu kedua-dua negara yang menduduki ranking lebih tinggi itu nanti.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI