fbpx

2 kanak-kanak maut dalam serangan udara di Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan sebuah peluru berpandu Iran digunakan dalam latihan tentera di Isfahan tahun lalu. - AFP

ISLAMABAD – Dua kanak-kanak terbunuh, manakala tiga lagi cedera dalam satu serangan udara di Pakistan, yang didakwa dilakukan secara ‘haram’ oleh Iran.

Menurut Kementerian Luar Pakistan, ia telah memanggil diplomat utama Teheran di Islamabad bagi memprotes pencabulan ruang udara negara tersebut.

Islamabad tidak menyatakan lokasi serangan udara itu dilakukan.

Namun, beberapa platform media sosial melaporkan letupan bom berlaku di wilayah Balochistan, di mana kedua-dua buah negara berkongsi sempadan yang mempunyai bilangan penduduk tidak ramai.

“Pencabulan kedaulatan Pakistan tidak dapat diterima sepenuhnya dan mempunyai kesan yang serius,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan.

Tambah kementerian berkenaan, serangan udara yang berlaku lewat semalam menyebabkan dua kanak-kanak terkorban dan tiga budak perempuan cedera.

Setakat ini, Iran tidak memberikan komen rasmi berhubung serangan tersebut.

Namun, agensi berita milik pemerintah, Nour News melaporkan, serangan itu memusnahkan ibu pejabat kumpulan Jaish al-Adl Pakistan.

“Ibu pejabat itu dimusnahkan oleh roket dan dron,” katanya.

Teheran dan Islamabad kerap menuding jari kerana membenarkan kumpulan-kumpulan militan beroperasi di wilayah masing-masing bagi melancarkan serangan. – AFP  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI