fbpx

Reman lelaki kes khianat kereta Koo Ham disambung sehari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LELAKI (tiga dari kanan) yang disyaki terlibat dalam kes khianat rumah Koo Ham dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, untuk sambung reman hari ini.

LUMUT – Reman seorang lelaki berusia 30-an yang ditahan berhubung kes khianat kereta Datuk Ngeh Koo Ham di Ayer Tawar pada 10 Januari lalu, disambung selama sehari lagi.

Majistret Nurul Izalina Rajaai membenarkan permohonan polis untuk menyambung reman lelaki itu sehingga esok di bawah Kanun Prosedur Jenayah.

Lelaki itu yang ditahan pada 12 Januari lalu sebelum ini direman selama lima hari sehingga hari ini, untuk disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan iaitu khianat dengan api yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, lelaki itu yang ditahan di kawasan Shah Alam, Selangor, dibawa ke Mahkamah Majistret Seri Manjung, menaiki lori polis kira-kira pukul 8.50 pagi dengan prosiding mahkamah selesai lebih kurang 40 minit kemudian.

Sebelum ini, orang ramai gempar apabila berlaku kebakaran di rumah Ahli Parlimen Beruas sehingga menyebabkan kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing -masing mengalami lima peratus kebakaran.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, siling dan bumbung garaj kediaman di Taman Semarak Jaya, Ayer Tawar itu turut terbakar.

Siasatan polis kemudian mengesahkan terdapat perbuatan khianat apabila menemui ‘molotov coctail’ di lokasi kejadian kebakaran tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, dilaporkan berkata seorang lelaki yang tiada rekod jenayah ditahan kira-kira pukul 4 pagi di Shah Alam dan merampas dua telefon bimbit miliknya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI