fbpx

BDB Land, Enfiniti Escapes jalin kerjasama bangunkan Darulaman Sanctuary

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Shahreen ketika bertukar dokumen MoU dengan syarikat Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd dalam satu majlis di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

PETALING JAYA – BDB Land Sdn. Bhd. (BDB Land), anak syarikat penuh Bina Darulaman Berhad (BDB) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. bagi pembangunan sektor eko-pelancongan di Langkawi, Kedah.

Pengarah Eksekutif BDB, Raja Shahreen Raja Othman berkata, menerusi MoU itu, kedua-dua pihak akan menjalinkan usahasama bagi membangunkan ‘forest chalet’ atau pembangunan berkonsepkan eko-pelancongan di Darulaman Sanctuary, Lubuk Semilang, Langkawi, Kedah.

Beliau berkata, projek berkenaan akan dibangunkan di kawasan seluas 10 ekar di Darulaman Sanctuary dan BDB Land akan menjalankan kajian pelan ukuran secara terperinci.

“Pihak Enfiniti Escapes (M) Sdn. Bhd. pula akan memfokuskan dari konsep keseluruhan serta reka bentuk pembangunan berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak BDB Land.

“Di samping itu juga, bagi memastikan pembangunan tersebut sejajar dengan matlamat pemuliharaan dan kemampanan alam sekitar, BDB Land akan bekerjasama dengan FRIM Incorporated Sdn. Bhd. bagi mendapatkan khidmat nasihat dan kepakaran mereka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Raja Shahreen berkata, usahasama itu juga merupakan satu lagi usaha berterusan dilaksanakan BDB menerusi BDB Land bagi mewujudkan tarikan baharu di Langkawi

Secara tidak langsung katanya, ia akan membantu Kerajaan Negeri Kedah membangunkan pulau peranginan tersebut.

“Dengan adanya usahasama terbaharu ini, saya mengharapkan ia bakal melonjakkan lagi nama serta memberi nilai tambah baharu kepada Darulaman Sanctuary khasnya dan Langkawi amnya terutamanya melibatkan sektor eko-pelancongan bukan sahaja kepada pelancong tempatan malahan juga luar negara.

“Dengan ini, BDB sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri Kedah berharap untuk terus terlibat secara langsung dalam pembangunan di Langkawi serta mendapat kerjasama yang baik daripada semua pihak terutamaanya pihak berkuasa tempatan, agensi dan jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan untuk kita bersama-sama membangunkan pulau peranginan ini,”
jelasnya.-KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI