fbpx
Pihak berkuasa mengeluarkan kompaun terhadap perokok yang merokok di kawasan larangan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tolonglah jangan saman, duit mahu pakai sara anak belajar’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Tidak tahu kawasan larangan merokok selain baru pertama kali tiba di sesebuah premis antara alasan paling banyak diterima sepanjang lebih dua jam mengikuti operasi merokok di sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini baru-baru ini.

Ketika operasi Pusat Kesihatan Daerah Lembah Pantai itu, mereka didapati merokok di kawasan tangga kecemasan serta di luar bangunan kompleks beli-belah berkenaan.

Lokasi itu masih menjadi tempat larangan merokok kerana ia kawasan berbumbung.

Dalam operasi itu, seorang perokok merayu supaya tidak dikenakan kompaun kerana perlu membiayai perbelanjaan anak-anak yang masih belajar.

“Saya baru saja datang ke sini, tak tahu tempat ini tidak boleh merokok. Tolonglah, saya nak pakai duit lagi untuk belanja sekolah anak-anak.

“Ada anak masih sekolah, seorang lagi belajar di universiti,” kata lelaki tersebut.

Bagaimanapun, rayuannya tidak melemahkan anggota penguat kuasa tersebut untuk mengeluarkan kompaun.

Tidak terkecuali seorang lelaki warga Singapura yang merayu agar tidak dikenakan kompaun dengan memberi alasan tidak tahu tempat di luar bangunan yang masih berbumbung tidak boleh merokok.

“Ingat boleh merokok di sini kerana kalau di Singapura, asalkan di luar bangunan kami boleh merokok. Saya tak tahu ia berbeza dengan Malaysia,” ujarnya.

Seorang pekerja kompleks beli-belah itu memberitahu, kawasan tepi bangunan di luar dan berbumbung itu sering menjadi lokasi perokok serta kaki vape.

“Di kawasan ini memang tempat mereka merokok, kami dah tegur tetapi tidak dipedulikan,” ujarnya.

Menerusi Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, terdapat 23 tempat dilarang merokok termasuk restoran, di dalam pusat beli-belah dan hospital.

Bagi kesalahan pertama, kompaun boleh dikurangkan kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh satu bulan dari tarikh kompaun.

Kesalahan kedua pula, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh seba­nyak RM250 akan dikenakan, manakala kompaun lebih tinggi seba­nyak RM350 kepada mereka yang me­lakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN