fbpx

Terkejut harga sepinggan ayam goreng kunyit RM20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar resit sebuah restoran di Pulau Langkawi yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Seorang pelanggan terkejut selepas mendapati sepinggan lauk ayam goreng kunyit di sebuah restoran di Pulau Langkawi berharga RM20.

Perkongsian yang dimuat naik di Facebook itu mendapat perhatian ramai sehingga tular di media sosial hari ini.

“Patutlah orang luar kata Langkawi mahal, korang rasa berbaloi ke kena harga macam ini?,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Lelaki itu turut berkongsi resit dan gambar hidangan ayam goreng kunyit bersaiz sesuai untuk seorang makan dan dinikmati bersama nasi putih dan air kosong.

Resit itu memaparkan harga bagi sepinggan ayam goreng kunyit adalah RM20, manakala sepinggan nasi putih berharga (RM3) dan air kosong (RM1).

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan perkara yang sama dan bersetuju harga makanan di Langkawi tidak memberansangkan.

“Saya sekali saja jejak kaki di Langkawi. Barang cekik darah sebab nak ‘pau’ pelancong.

“Tak ingat ke akibat kalau ramai tak datang Langkawi? Sekarang, orang lebih suka pergi ke selatan Thailand,” komen Mamu Mansor.

“Kalau dekat Kuala Lumpur pun satu set tak sampai RM8, mohon pihak KPDN Kedah buat lawatan ke sana,” tulis Mohd Rashidi.

Sehingga kini hantaran itu telah menjadi tular di Facebook dengan menerima sebanyak 1,200 tanda suka sejak dimuat naik semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI