fbpx

G&T Hyper Hardware pusat sehenti keperluan perkakasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
G&T Hyper Hardware, pusat sehenti yang menawarkan produk perkakasan, bahan binaan dan perkakasan runcit moden bumiputera terbesar di Sungai Pelong.

SUNGAI BULOH – G&T Hyper Harware Sdn. Bhd. melancarkan cawangan pertamanya di Sungai Pelong, di sini semalam, yang merupakan antara pusat sehenti terbesar di negara ini untuk menawarkan produk perkakasan, bahan binaan serta perkakasan runcit moden.

Premis dengan saiz binaan 30,000 kaki persegi (2,787 meter persegi) itu menjual lebih 4,000 unit simpanan stok (SKU) meliputi barangan logam, kayu, jubin dan marmar, selain peralatan elektrik rumah, pam air serta keperluan DIY (buat sendiri).

Kedai perkakasan milik Bumiputera itu menggaji hampir 40 kakitangan, termasuk pekerja separa mahir selain memiliki enam buah lori bagi kemudahan penghantaran.

Kira-kira separuh daripada barangan yang dijual merupakan produk pengeluaran tempatan, manakala selebihnya diimport.

Bermawi

Pemiliknya, Bermawi Bagindo Jaba berkata, antara keunikan G&T Hyper Hardware berbanding kedai perkakasan lain ialah pihaknya menawarkan hampir kesemua keperluan untuk pengubahsuaian kediaman dalam satu bumbung.

“Sejak mula dibuka pada penghujung tahun lepas, kami menerima maklum balas memberangsangkan pelanggan disebabkan pilihan yang luas dan kemudahan yang disediakan bukan sahaja daripada pengguna akhir, malah syarikat-syarikat pembinaan.

“Kami bercita-cita tinggi dengan menyasarkan pembukaan lima hingga enam lagi cawangan di Lembah Klang dalam tempoh lima tahun akan datang yang dianggarkan menelan belanja RM10 juta setiap satu.

“Kesemuanya akan menggunakan konsep sama seperti premis sulung ini, kami juga berhasrat untuk membuka premis yang lebih besar dengan keluasan sehingga 40,000 kaki persegi (3,716 meter persegi),” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran semalam.

Isteri Bermawi, Nurul Farhana Zainuddin bersama dua kakitangan menunjukkan antara pilihan jubin yang tersedia di G&T Hyper Hardware.

Menurut Bermawi, beliau optimis perniagaan tersebut mampu membuahkan prestasi baik dalam persekitaran kenaikan kos sara hidup dan jangkaan lonjakan inflasi tahun ini, sambil menyifatkan perniagaan menjual perkakasan sebagai ‘kalis’ daripada cabaran ekonomi.

“Perkakasan ini boleh dianggap satu keperluan umpama barangan makanan, kerana sekiranya rumah kita rosak akibat kebocoran bumbung dan sebagainya, ia tetap akan perlu dibaiki.

“Selain itu, kebanyakan barangan perkakasan ini memiliki jangka hayat yang lama, cat misalnya tahan sehingga tiga tahun jadi risiko kepada peniaga agak kurang.

“Sebab itu meskipun berdepan persaingan daripada pelbagai pembekal lain, kami tetap optimis permintaan pasaran untuk segmen ini akan sentiasa ada,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI