fbpx

Real enggan tertipu ‘helah’ Barcelona

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BARISAN pemain Real turun menjalani latihan sebelum aksi final Piala Super Sepanyol menentang Barcelona di Stadium Al-Awwal awal pagi esok. – REAL MADRID

RIYADH – Ketua jurulatih Real Madrid, Carlo Ancelotti enggan terpedaya dengan ­prestasi tidak konsisten Barcelona, sebaliknya menyeru barisan pemainnya berwaspada menjelang aksi final Pia­la Super Sepanyol di Stadium Al-Awwal awal pagi esok.

Kata Ancelotti, skuad The Catalans seperti sudah kembali menemui rentak prestasi sebenar sejak beberapa perlawanan lepas dan kedua-dua pasukan berpeluang untuk menjuarai trofi pertama musim ini.

“Saya rasa prestasi Barca (Barcelona) kembali menunjukkan peningkatan dan kami bukanlah pilihan utama pada aksi final nanti.

“Malah, mereka juga masih memiliki peluang untuk men­julang trofi La Liga, ­Piala Raja Sepanyol dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim ini.

“Mengenai aksi final nanti, siapa sahaja boleh menang Piala Super Sepanyol, tetapi kami yakin boleh mencipta kejutan dalam usaha meraih trofi sulung musim ini.

“Semua pemain tidak mempunyai masalah untuk diturunkan kecuali Lucas Vazquez yang masih belum pulih daripada kecederaan,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti dijangka terus memberi kepercayaan kepada Kepa Arrizabalaga untuk menjadi penjaga gol utama pasukan meskipun dikritik hebat apabila melakukan kesilapan mudah ketika menang 5-3 ke atas Atletico Madrid dalam aksi separuh akhir pada Khamis lepas.

Dalam masa sama, skuad Los Blancos turut dilaporkan bakal menerima habuan lumayan sebanyak £3 juta (RM17.7 juta) seandainya mereka berjaya menjulang trofi Piala Super Sepanyol buat kali pertama sejak 2022. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI