fbpx

Beri ruang kerajaan memerintah tanpa diganggu – Ahmad Maslan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad.

PONTIAN – Cadangan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya diwujudkan Rang Undang-Undang (RUU) khusus bagi membolehkan kerajaan mentadbir sehingga akhir penggal, merupakan satu tindakan tepat demi kestabilan politik negara.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi ( MKT) Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata cadangan itu penting bagi memberi peluang parti yang memenangi pilihan raya umum (PRU) memerintah negara mengikut penggal, tanpa ada cubaan untuk menjatuhkannya.

Katanya, walaupun Kerajaan Perpaduan telah mempunyai 152 sokongan, namum masih terdapat cerita-cerita termasuk yang terbaru Langkah Dubai untuk menjatuh kerajaan pada hari ini.

“Cerita dan langkah-langkah seperti itu sebenarnya telah menganggu segala usaha pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan bagi membantu rakyat termasuk meningkatkan ekonomi mereka,” ujarnya selepas mendengar taklimat pembangunan oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR ) Daerah Pontian, disini, hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau membuat saranan tersebut demi menjamin kestabilan negara agar kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli-ahli politik demi kepentingan dan agenda masing-masing.

Kata Ahmad Zahid, pengalaman pahit lalu menyaksikan negara berdepan dengan ketidakstabilan politik ekoran pertukaran tiga Parlimen dalam satu penggal sehingga menjejaskan pembangunan dan ekonomi negara.

Tambah Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian, pembangkang perlu membawa usul tidak percaya di Dewan Rakyat untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan dan bukannya dengan akuan bersumpah (SD).

“Saya juga menyokong cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pembangkang membuat usul percaya atau tidak percaya di Dewan rakyat pada bulan Februari ataupun Mac nanti.

“Mereka ( pembangkang) telah dicabar oleh Perdana Menteri sebelum ini tetapi mereka tidak berani buat kenapa mereka tak berani buat,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI