fbpx

[VIDEO] Konflik Palestin-Israel: ‘Lebih 2 bulan setengah kami tak dengar azan di masjid’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anas di hadapan Masjid El-Shaykh Zayed, di bahagian utara Gaza yang musnah dibom Zionis Israel.

PETALING JAYA – Penduduk Palestin di kawasan Gaza terutama bahagian utara sudah lebih dua bulan setengah tidak dapat mendengar seruan azan dari masjid ekoran kesemua tempat ibadah umat Islam di situ musnah dibom rejim Zionis Israel.

Perkara itu diceritakan seorang wartawan Palestin, Anas Al-Sharif yang kemudian dikongsikan pada Instagram Middle East Eye.

Dalam video tersebut, Anas turut menunjukkan salah satu masjid terbesar di utara Gaza iaitu Masjid El-Shaykh Zayed yang tidak dapat beroperasi ekoran pengeboman tentera penjajah.

“Lebih dua bulan setengah, panggilan untuk solat iaitu azan tidak kedengaran di masjid sekitar utara Gaza berikutan pengeboman oleh tentera penjajah (rejim Zionis Israel) ke atas semua masjid sekali gus menyebabkan kemusnahan.

“Kami juga tidak menunaikan solat Jumaat lebih dua bulan setengah disebabkan masjid dimusnahkan di bahagian utara Gaza. Sebagai contoh, ini salah satu masjid terbesar di utara Gaza iaitu Masjid El-Shaykh Zayed.

“Puak penjajah memusnahkan kesemuanya dan menyebabkan ia tidak dapat beroperasi seperti yang kita lihat ini,” katanya pada video tersebut.

Anas turut menunjukkan kawasan masjid tersebut yang turut menjadi laluan kenderaan rejim Zionis Israel di samping perumahan penduduk berdekatan turut musnah ekoran pengeboman.

Terdahulu media melaporkan, tentera Israel memusnahkan lebih 200 daripada jumlah 325 tapak purba dan arkeologi yang didaftarkan di Semenanjung Gaza.

Lapor Agensi Anadolu, Pejabat Media Kerajaan di Gaza memaklumkan tapak yang dimusnahkan itu termasuk gereja purba, masjid, sekolah, muzium serta tapak bersejarah lain dan monumen. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Middle East Eye (@middleeasteye)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI