fbpx

Ahli perniagaan lebur RM512,202 dikebas scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seorang ahli perniagaan wanita mengalami kerugian berjumlah RM512,202 gara-gara terperdaya dengan pelaburan di media sosial.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 62 tahun pada Selasa lalu.

Katanya, wanita tempatan itu melaporkan pada April lalu, telah tertarik dengan pelaburan yang menawarkan pulangan tinggi ketika melayari laman sosial sekali gus menekan pautan yang diberi suspek menerusi aplikasi Whatsapp.

“Mangsa seterusnya telah memuat turun aplikasi yang diarahkan dan mendaftar masuk bagi melihat dan memantau pergerakan pelaburan serta keuntungan yang diperolehi,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Kamarul Zaman berkata, wanita itu dikehendaki membuat pelaburan besar sekiranya mahu mendapatkan pulangan keuntungan yang lebih tinggi.

Katanya, oleh kerana percaya dan mahu mendapatkan keuntungan yang tinggi, mangsa telah membuat pembayaran berjumlah RM512,202 ke beberapa akaun yang diarahkan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pengadu menyedari ditipu setelah hanya menerima pulangan sebanyak RM924 sahaja dan diarahkan buat pelbagai bayaran lain bagi mengeluarkan wang pokok dan keuntungan yang diperolehi sebagaimana dipaparkan dalam laman pelaburan berkenaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI