fbpx

Paip bocor: Gangguan air hanya babitkan daerah Barat Daya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow (tengah) ketika meninjau keadaan di Sungai Perai, hari ini.

GEORGE TOWN – Gangguan pembekalan air hanya melibatkan kawasan di daerah Barat Daya susulan berlaku satu lagi kebocoran paip di dasar Sungai Perai dekat sini, pagi tadi.

Daerah Barat Daya meliputi kawasan di Batu Maung, Bayan Lepas, Sungai Ara, Permatang Damar Laut dan Teluk Kumbar.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam satu kenyataan berkata, pembekalan air tidak menjejaskan kawasan Seberang Perai serta kebanyakan kawasan di daerah Timur Laut termasuk lokasi yang sudah memperoleh bekalan.

Menurutnya, proses pembekalan air pada tekanan rendah masih lagi disalurkan sebagaimana dimaklumkan sebelum ini.

“Kebocoran paip di Sungai Perai dikenal pasti pada jam 10 pagi tadi. Selepas penilaian, kebocoran telah dikenal pasti berlaku pada beberapa bahagian baru daripada pembaikan asal.

“Penilaian kini menyatakan bahawa paip sedia ada tidak lagi boleh dibaiki dan tindakan selanjutnya adalah untuk melencongkan paip sementara 900 milimeter (mm) diameter merentasi jambatan Ampang Jajar di bahagian atas permukaaan sungai,” katanya di sini, sebentar tadi.

Beliau memberitahu, pemulihan air untuk daerah Barat Daya akan diteruskan dan semua penduduk dinasihatkan supaya terus menyimpan air yang secukupnya bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan satu lagi kebocoran telah dikesan di saluran dasar Sungai Perai, hari ini.

Setakat pagi tadi, bekalan air dilaporkan mula pulih di beberapa kawasan di Kampung Jawa dan Halaman Murni di Bayan Baru, flat Taman Sri Bayu, Bayu Tiara, Halaman Murni, Bayan Permai, Kampung Perlis, Jalan Mahkamah dan Kampung Masjid di Bayan Lepas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI