fbpx

Lapan projek terima geran Program Komuniti Merdeka 118

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Program Geran Komuniti Merdeka 118 telah berjaya meningkatkan daya saing syarikat tempatan dan memberi impak kepada masyarakat.

PETALING JAYA – Program Geran Komuniti Merdeka 118 telah memasuki pusingan kedua dengan lapan projek telah terpilih untuk melaksanakan aktivitinya bagi memberi impak kepada masyarakat.

Program Geran tersebut telah dilancarkan pada bulan Jun tahun 2021 oleh PNB Merdeka Ventures Sdn. Bhd. (PMVSB) iaitu anak syarikat Permodalan Nasional Berhad dengan kerjasama Think City Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai PMVSB, Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata, menerusi projek yang terpilih, pihaknya bukan sahaja menyampaikan geran kepada projek baharu tetapi juga dapat menyokong projek sedia ada daripada pusingan pertama program untuk memastikan kemajuan dan kejayaan berterusan.

“Daripada menyediakan pe­luang pekerjaan untuk me­ningkatkan kualiti kehidupan dan meraikan budaya dan wa­risan, kami bertekad untuk meneruskan usaha ini demi pembangunan presint Merdeka 118 dengan komuniti yang lebih luas,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Tengku Ab. Aziz menjelaskan, antara penerima geran untuk pusingan kedua ini adalah projek Otai kendalian Project Future Malaysia, yang menerbitkan video memaparkan perniagaan tradisional dan projek artistik, Under the Shadows of Merdeka oleh Azul Sidek Adnan.

Ia adalah bengkel fotografi inovatif dan aktiviti bersiar-siar sambil mengambil gambar secara berkumpulan bertujuan meneroka permata ter­sembunyi di ­presint Merdeka 118.

Selain itu, projek Pemeliharaan Pintar Lebah Kelulut oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang juga merupakan pene­rima geran bagi pusingan pertama turut terpilih untuk menerima geran untuk pusingan kedua ini.

Universiti itu telah meluaskan portfolio mereka dengan membangunkan rangkaian produk madu kelulut baharu seperti lo­sen pelembap badan, jus dan sos cili madu kelulut.

Sementara itu YWCA KL, yang menerima geran buat kali kedua juga kekal komited untuk memperkasakan wanita muda menerusi kursus pembangunan kemahiran.

Dengan tumpuan membina kemahiran dalam bidang seperti kulinari, membuat roti dan kek dan penjagaan kecantikan, mereka juga bercadang menganjurkan pesta kerjaya untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada masyarakat.

Projek lain yang terpilih adalah program Latihan Menyulam oleh Swee Impact Consulting Sdn Bhd atau dikenali sebagai manekNya.

Projek ini bakal membawa manfaat kepada 70 individu daripada golongan berpendapatan rendah, melengkapkan mereka dengan kemahiran menyulam dan pengalaman langsung mengendalikan pelbagai sampel reka bentuk kasut.

Program Geran Komuniti Merdeka 118 juga menyokong penerbitan dua buku yang mengetengahkan warisan seja­rah dan budaya unik presint Merdeka 118.

Ini termasuk penterjemahan buku Petaling Street Walking Guidebook daripada Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina kepada Bahasa Malaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI