fbpx

Tujuh individu beri keterangan kes khianat Ahli Parlimen Beruas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LUMUT – Seramai tujuh individu sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan kes khianat yang menyebabkan kebakaran kereta dan sebahagian rumah Ahli Parlimen Beruas di Ayer Tawar, awal pagi semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri, berkata sehingga kini pihaknya masih memburu suspek yang disyaki terlibat dalam kes tersebut.

“Tiada tangkapan lagi dan setakat ini polis sudah ambil percakapan daripada tujuh individu bagi membantu siasatan,” katanya kepada media hari ini.

Semalam, polis mengesahkan terdapat perbuatan khianat apabila menemui ‘molotov coctail’ di lokasi kejadian kebakaran di garaj kediaman Datuk Ngeh Koo Ham sehingga menyebabkan tiga kenderaan dan sebahagian siling dan bumbung rumah Ahli Parlimen Beruas itu terbakar, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kereta Mercedes Benz E300 terbakar 80 peratus manakala Honda CRV dan Toyota Hilux masing-masing mengalami lima peratus kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI