fbpx

Suami isteri ditahan ‘buat projek’ tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasangan tersebut didapati mengalami depresi yang dipercayai berpunca daripada kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan selepas berpindah ke Kalimantan Tengah. – Okezone

JAKARTA – Penduduk Pangkalan Bun, wilayah Kalimantan Tengah gempar apabila melihat aksi sepasang suami isteri berasmara di tepi jalan dalam keadaan tanpa seurat benang, lapor portal berita Okezone hari ini.

Lebih memalukan adalah si isteri merupakan wanita hamil.

Berdasarkan video yang kini tular di media sosial, penduduk yang terkejut merakam aksi mereka sebelum beberapa laporan polis dibuat oleh sebilangan individu.

Ketua Pemulihan Sosial, Perkhidmatan Sosial Kotawaringin Barat, Aldrin berkata, kejadian itu berlaku pada waktu pagi ketika penduduk mahu memulakan urusan harian mereka.

“Ramai penduduk membuat laporan, manakala pasangan itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada jabatan Perkhidmatan Sosial,” katanya.

Tambah Aldrin, selepas disoal, pasangan tersebut didapati mengalami depresi yang dipercayai berpunca daripada kegagalan mereka mendapatkan pekerjaan selepas berpindah ke Kalimantan Tengah.

Si suami dikatakan terpaksa menuruti kehendak isterinya untuk bertindak demikian disebabkan keadaannya yang sedang hamil.

“Mereka disyaki mengalami depresi dan memerlukan bantuan daripada pakar psikiatri,” kata Aldrin. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI