fbpx

Projek asrama warga asing di Teluk Kumbar cuma kapasiti 7,000 pekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kon Yeow ketika menyampaikan amanat kepada penjawat awam pada Perhimpunan Tahunan Anggota Perkhidmatan Awam Bilangan 1 di George Town, hari ini.

GEORGE TOWN – Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menjelaskan projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar yang dibantah penduduk setempat sebenarnya adalah berkapasiti lebih 7,000 pekerja sahaja.

Kon Yeow berkata, setakat ini kerajaan negeri belum menerima apa-apa permohonan daripada pemaju berhubung projek asrama pekerja warga asing di Teluk Kumbar yang dikatakan berkapasiti 22,000 pekerja itu.

“Ada satu projek yang sebenarnya menjadi sasaran bantahan itu. Projek yang mereka desak (bantah) yang berkapasiti lebih 22,000 pekerja asing memang setakat ini tidak ada permohonan pun, apa yang diluluskan adalah berkapasiti lebih 7,000 pekerja di Teluk Kumbar.

“Makluman ini (projek berkapasiti 7,000 pekerja asing) mungkin di lapangan orang ramai tidak dapat bezakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Perhimpunan Tahunan Anggota Perkhidmatan Awam Bilangan 1 di sini, hari ini.

Sebelum ini, lebih 1,000 penduduk tempatan di Teluk Kumbar mengadakan demonstrasi aman bagi membantah serta mendesak kerajaan negeri Pulau Pinang untuk segera membatalkan projek pembinaan asrama pekerja warga asing yang dikatakan mampu memuatkan lebih 30,000 pekerja asing di kawasan tersebut.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, hari ini beliau mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Bertindak Bantahan Pembinaan Asrama Warga Asing di Teluk Kumbar bagi berbincang mengenai isu tersebut.

“Selain daripada berjumpa saya, saya juga meminta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memberi taklimat berhubung projek ini kepada Datuk Azrul Mahathir Aziz (ADUN Bayan Lepas) dan badan bertindak berhubung dengan projek ini.

“Semalam, saya pun ada berjumpa wakil Barisan Nasional (BN) Balik Pulau, saya terangkan mengenai projek ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI