fbpx

Pembayaran sistem terbuka bagi LRT, MRT bermula tahun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sistem pembayaran terbuka bagi rangkaian perkhidmatan di bawah Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) termasuk Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) akan dinikmati bermula tahun hadapan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka itu mengambil sedikit masa kerana banyak perkara yang perlu diperhalusi sebelum dilaksanakan.

“Di stesen-stesen LRT, MRT kita dapat menggunakan sistem pembayaran terbuka, maksudnya mereka boleh sahaja menggunakan kad kredit kad debit dan sebagainya. Maka kita menjangkakan bahawa perkhidmatan ini dapat dilaksanakan tahun hadapan.

“Mengapa ia mengambil masa kerana pembekal sistem iaitu kontraktor yang boleh mengendalikan sistem ini mendapati ia agak rumit sebab setiap stesen mempunyai sistem sendiri dan perlu diubah suai, jadi bukannya mudah untuk laksanakan dalam masa satu atau dua bulan,” katanya ketika sesi pembentangan laporan prestasi Prasarana 2023 dan pelan 2024 di Menara UOA di sini hari ini.

Dalam pada itu, Anthony berkata, Prasarana bakal beralih menggunakan kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya menjelang 2037 selari dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) bagi mencapai mobiliti hijau dan mengelektrikfikasikan pengangkutan awam.

Susulan itu katanya, Prasarana akan menerima bas (enjin diesel) yang akan menjadi perolehan terakhir bagi bas berenjin sebelum beralih kepada EV.

“Bermula tahun hadapan kita akan cuba ke arah bas EV tetapi ada lagi pembelian 310 bas (enjin diesel) dan saya sudah beritahu Prasarana bahawa ia adalah pembelian terakhir membabitkan bas jenis itu.

“Sebab tender perolehan sudah dikeluarkan dan kini dalam proses penilaian sebelum dianugerahkan pada Mac ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI