fbpx

Azlee lepas rindu, ziarah pusara Hamdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLEE (tengah) di samping ahli keluarga dan kenalan Allahyarham Hamdan menziarahi pusara arwah di Tanah Perkuburan Islam Tambun, Ipoh hari ini.

IPOH – Anggota Senario, Azlee Jaafar dapat mengubat rindunya apabila datang menziarahi pusara sahabat Senario, Hamdan Ramli dengan ditemani ahli keluarga Allahyarham.

Tujuan utama kehadiran mereka adalah bagi menguruskan pemasangan binaan kepuk pusara arwah yang terletak di Tanah Perkuburan Islam Tambun di sini hari ini.

Azlee selaku wakil Senario yang hadir kelihatan sebak serta berlinang air mata, dan turut sama membersihkan kubur arwah bagi dilakukan pemasangan kepuk.

Bercakap kepada pemberita, Azlee berkata, kesemua anggota Senario seperti adik-beradik dan mahu hubungan erat itu berkekalan termasuk dengan waris setiap ahli-ahli kumpulan pelawak tersebut.

Setelah 27 tahun bersama katanya, hubungan terjalin sangat erat dan sekiranya ahli keluarga Hamdan berdepan masalah setiap anggota Senario akan sedia cuba membantu.

Beliau berkata, semua ahli Senario masih terasa kehilangan rakan karib mereka itu yang menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat lalu di Johor Bahru, setelah ditidurkan sejak 31 Disember sewaktu dirawat akibat komplikasi buah pinggang.

“Masa kami dapat tahu yang arwah sudah tiada, semua kami down (terkesan). Kami reda. Bila Allah ambil seseorang itu, Allah sayang makhluk ciptaan-Nya. Kena pula dia pergi pada hari Jumaat, penghulu segala hari.

“Kami rasa dia pergi terlalu awal, pada usia 54 tahun. Pergi meninggalkan kami kumpulan Senario sedangkan kami banyak perancangan yang diaturkan. Tetapi Allah Maha Mengetahui segala-galanya,” katanya.

Jelas Azlee, perjalanan kumpulan pelawak itu akan diteruskan termasuk dengan filem Senario Legend yang dijangka memulakan penggambaran pada pertengahan tahun ini yang sepatutnya membabitkan Hamdan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI